February 28, 2013

geram?

Setiap hari aku melihat perkara yang sama, orang yang sama sering kali bertelingkah. Di manakah terletak solusi pada masalah andai seringkali bergaduh tidak bertujuan arah? Di manakah terletaknya perasaan hormat antara satu sama lain? Di mana telah hilangnya perasaan kasih dan sayang? Beritahu aku, sudahkah perkara itu selesai dengan bergaduh kata-kata setiap hari? Bilang aku, tidakkah engkau berasa penat dan bosan harus selalu melayan karenah orang?

Adakah aku bodoh atau tidak campur orang? Mungkin aku seperti katak di bawah tempurung yang tidak tahu hal-ehwal semasa? Mana mungkin begitu andai aku tahu siapa dikau dan dia, apa perkara yang sering dijadikan masalah. 

Begini aku ingin sampaikan, memadam api bukanlah dengan menyala api, memadam api menggunakan air. Jangan mimpi ingin memperjuangkan yang haqiqi andai perkara kecil sering kali di jadikan perbalahan. Bercerai-burai sudah ummat manusia. Apa lagi yang mahu kau lakukan? Sambung gaduh andai dikau rasa ia membawa banyak manfaat. Mungkin aku buta tidak nampak hikmahnya.

Andai dalil sudah jelas menerangkan, apa lagi yang mahu kita katakan? Mahukah kita masih menolak dan memberontak? Kepada siapakah sebenarnya kami menyembah? Boleh sahaja kata itu kata ini, boleh sahaja engkau memperjuangkan apa yang tiada di sisi, akhir kata bukanlah manusia yang berkuasa.

Kata-kata bak pedang. Boleh menjadi penyelamat bagi mu atau membunuh mu mati. Terlangsung perahu boleh tarik balik, terlangsung cakap tidak boleh. Maka belajarlah diam. Tetapi biar diam seribu makna, jangan diam mati akalnya.