March 1, 2013

bila-bila sahaja

Biar pun kesedihan dan kepahitan dirasa, mata menangis walaupun ia nya mengalir darah, hati berasa berkecamuk dan seperti diri hendak rebah jatuh ke tanah saat tika salah satu orang yang disayangi, dikasihi, dicintai pergi meninggal kita, kembali ke pangkuan Ilahi, akan tetap ku kumpul kekuatan untuk menuju ke rumahnya. Kini, tinggal satu sahaja kewajiban ku atasnya : solat jenazah bagi nya. Tidakkah itu baru tandanya cinta?

Dpd Aisyah r.ha dia berkata, Rasulullah salalllahu 'aleyhi wa salam bersabda "Tidaklah seorang jenazah yang disolatkan oleh sejumlah orang dari kaum Muslim yang jumlahnya menapai seratus orang di mana kesemuanya meminta syafaat untuknya melain permintaan mereka akan diterima" (HR Muslim : 947)

Andai aku meninggal, tidak kira apa usia ku, mari menziarahi daku, solatkan daku, doakan daku dan iringi daku ke liang lahad ku.