March 29, 2013

cerpen failure

"Bak! Solat subuh bak! Bangun bak! Bak! Bak! Dah 6.45 pagi ni dah bak! Bakkkk oooh bakk!", kejut si anak, dengan penuh kasih sayang, menggerakkan badan ayahnya perlahan-perlahan. Sudah beberapa kali dikejut tetapi dia tetap masih tidur.

"Pelik, mungkin semalam bak tidur lambat agaknya?", tertanya-tanya anaknya keseorangan diri.

Si ayah bukanlah orang yang kuat tidur pun. Malahan senang sekali terkejut daripada tidur apabila mendengar bunyi-bunyian, dan juga senang untuk dikejut bangun.

"Tetapi....mengapa hari ini...........bak susah sekali hendak bangun ya?", tanya hati kecilnya lagi.

Dia berhenti mengejut bapaknya, lalu merenung dan melihat wajah dan badan ayahnya, dan memegang tangan dan kakinya sekali.

....baru dia perasan, mata ayahnya sudah tutup rapat, badannya juga tidak naik turun kerana pernafasan, tangan dan kakinya terasa sejuk dan kaku sekali.................................

"Tidak mungkin! Baru semalam aku kucup tangannya, mencium pipinya! Dia kata kepadaku dia menyayangi ku, sesuatu percakapan yang tidak selalu ku dengar. Aku senyum dengan penuh kegembiraan kembali kepadanya lalu masuk ke kamar tidur.... Tidak! Tidak mungkin secepat begitu bak meninggalkankuu! TIDAAAK!", jeritnya dalam hati lalu air mata berlinangan dan jatuh membasahi bumi.........................