April 1, 2013

renungan........

Wanita, banyak sangat berbicara yang kosong. Perbualan yang tiada faedah, yang tidak bermanfaat pula. Sering kali hidup apabila berbual, sembangnya lain, mengumpatnya lain, ketawa terbahak-bahaknya pula lain. Jarang sekali kita melihat ataupun kenal akan wanita-wanita yang dadanya penuh dengan ilmu, lidahnya seringkali dibasahi dzikrullah, matanya melihat hanya kebaikan, hatinya bersih dan dirinya amat tawaddhu'. 

Aku, bukanlah sesempurna mana pun. Dan kerana aku tahu aku tidak sempurna, hanya seorang diri yang penuh cacat cela, maka aku ingin menjadi yang terbaik. Mungkin.....susah. Mungkin....tidak. Apapun jua, hendak seribu daya, tak hendak seirbu dalih. 

Lagipun, sahabiyyah-sahabiyyah Rasulullah salallahu 'alaihi wa salam adalah wanita-wanita paling hebat sekali di dunia. Martabat mereka juga diangkat tinggi oleh Allah 'azza wa jalla, di Akhirat sana. Merekalah wanita-wanita yang telah dijanjikan syurga.

Sebenarnya kehidupan kita buat sementara sahaja. Yang penting bagi seseorang insan adalah akal dan hatinya, ilmu & taqwa, bukan sahaja kecantikkan, kemewahan, dikenali ramai dll.