April 4, 2013

berangan sekejap je

Saya ingin menamakan anak-anak saya Muhammad Khaleel, Muhammad Rafeeq, Muhammad Sohab, Muhammad Sodeeq dan juga Muhammad Zameel. Saya merasakan bahawasanya nama-nama ini amatlah bermakna buat saya kerana dalam kehidupan kita saling perlu memerlukan kepada kawan-kawan yang baik. Nama-nama yang telah disebut di atas, pada penjelasan pendek, semuanya bermaksud kawan. Tetapi, tahap keakraban seseorang kawan itu kepada diri kita berbeza bagi kesemua nama-nama itu. Indah bukan bahasa Arab? :)

Bagi anak perempuan pula, suka sangat kepada nama Ghumaisa', Ummu 'Ammarah, Khadijah dan A'iesyah. Nama-nama ini hanya segelintir daripada nama-nama wanita-wanita yang paling terhebat di dunia yang pernah hidup. Perjuangan mereka, keimanan mereka, pengorbanan mereka dll. Tetapi saya paling suka kepada nama Umm 'Ammarah, mungkin kerana keberanian dan kegagahan yang ada pada diri Umm 'Ammarah. Ma sya Allah :)

Saya ingin melahirkan anak-anak yang jiwa singa untuk terus menegakkan agamaNya sepertimana sahabat-sahabat & sahabiyyah-sahabiyyah Rasulullah salallahu 'alaihi wa salam pernah lakukan, baik bagi yang lelaki mahupun perempuan. 

Boleh kan? Heh in sya Allah. Doakan sahaja.