June 10, 2013

"Makaruu wa makar Allah, wa Allahu khairul maakireen"


Mungkin salah satu sebab mengapa kadang-kala apa yang kami rancang tidak berjalan dengan begitu lancar kerana tidak meminta pertolongan daripada Allah.

Kita kadang kala alpa dan terlupa, malahan kdang kala pula bongkak kerana berfikir kita dapat melakukan segalanya dengan usaha diri sendiri. Apabila sudah ditimpa kesusahan, barulah ingin merenung kembali kesalahan yang telah dilakukan dan membuat perubahan untuk memperbaiki keadaan tetapi segalanya sudah pun terlambat.

Mungkin kita juga lupa bahawasanya manusia boleh sahaja tidak tidur malam untuk merancang sesuatu supaya segalanya berjalan dengan lancar, tetapi Allah yang menentukan dan tahu yang terbaik untuk diri kita. Sungguh, Dia lah yang sebaik-baik perancang.

Walau apa pun, biar sahaja perkara-perkara sebegini diambil pengajaran atau iktibar supaya tidak melakukan kesalahan yang sama pada masa hadapan. Kini walau terasa segalanya "it screwed up", kawan mengingatkan diri bahawasanya segalanya berhikmah.

Pada setiap sesuatu yang Allah uji kita dengan, cuba cari pengajaran darinya.
Allahul musta'an T__T